Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Doris tanding Sri Aman
  • PRU-15
  • SEMASA

Doris tanding Sri Aman

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempertaruhkan Ketua Wanitanya, Datuk Sri Doris Sophia Brodie, 61, sebagai muka baharu untuk bertanding kerusi Parlimen Sri Aman.

Doris bukan baharu dalam dunia politik dan pernah mencatat sejarah sebagai wanita pertama menyandang jawatan Timbalan Speaker Dewan Negara di Malaysia.

Pencalonan Doris diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, Petra Jaya sebentar tadi.

Doris dilantik senator pada 26,Januari 2012.

Bagaimanapun, tidak pasti lagi sama ada penyandang kerusi Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat akan turut bertanding mempertahankan kerusi itu.

Pada PRU-14, Masir Kujat menang kerusi itu atas tiket PRS tetapi menyertai pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 2019.

Bagaimanapun, beliau keluar parti itu pula Mac lalu, untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Continue Reading

Previous: PBB tampil dengan 3 muka baharu
Next: Lo tak gentar berdepan DAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.