Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Doris Sophia santuni penduduk Tapang Lebat, tegaskan kepentingan perpaduan komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Doris Sophia santuni penduduk Tapang Lebat, tegaskan kepentingan perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO‘ Sri Doris Sophia Brodie ketika mengadakan lawatan projek pembinaan atap sambungan Dewan Masyarakat Tapang Lebat dan kunjungan Gawai di Rumah Bana, semalam. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menegaskan komitmennya untuk terus memperkasakan pembangunan luar bandar menerusi pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Beliau berkata, kemudahan awam yang selesa dan berkualiti memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk serta menyokong pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan luar bandar.

DATO‘ Sri Doris Sophia Brodie ketika mengadakan lawatan projek pembinaan atap sambungan Dewan Masyarakat Tapang Lebat dan kunjungan Gawai di Rumah Bana, semalam. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

Menurutnya, projek pembinaan atap sambungan Dewan Masyarakat Tapang Lebat yang telah siap dilaksanakan merupakan antara inisiatif yang bertujuan memenuhi keperluan komuniti setempat.

“Projek bernilai RM80,000 ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan penduduk, selain menyediakan ruang yang lebih kondusif untuk pelbagai program sosial dan kemasyarakatan,” katanya.

DATO‘ Sri Doris Sophia Brodie ketika mengadakan lawatan projek pembinaan atap sambungan Dewan Masyarakat Tapang Lebat dan kunjungan Gawai di Rumah Bana, semalam. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Tapang Lebat bagi meninjau sendiri hasil pelaksanaan projek berkenaan yang kini memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Dalam kesempatan yang sama, Doris bersama rombongan turut mengadakan kunjungan sempena sambutan Hari Gawai Dayak ke Rumah Bana sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap tradisi serta budaya masyarakat setempat.

Kunjungan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra dengan Tuai Rumah Bana, ahli keluarga serta para tetamu yang hadir dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Menurut Doris, sambutan perayaan seperti Hari Gawai bukan sahaja memperlihatkan kekayaan warisan budaya masyarakat Dayak, malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat muafakat, kerjasama dan keharmonian yang terjalin dalam komuniti terus diperkukuhkan demi kesejahteraan serta kemajuan bersama.

Doris menegaskan bahawa usaha membangunkan kemudahan awam dan mempererat hubungan dengan masyarakat akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan di kawasan Parlimen Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap sumbang RM5,000 perkukuh pembangunan catur di Kuching
Next: Pembangunan DUN Kabong terus diperkasa, perpaduan rakyat jadi teras sambutan Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.