Donald Trump mulakan kempen pilihan raya

Facebook
WhatsApp
PRESIDEN Donald Trump

WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak Covid-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.

Kes Covid-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia. Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac- Bernama

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara