Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • DobiQueen sasar tembusi pasaran Sabah, Sarawak dengan 25 cawangan dalam tiga tahun
  • BISNES

DobiQueen sasar tembusi pasaran Sabah, Sarawak dengan 25 cawangan dalam tiga tahun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Rangkaian dobi layan diri, dobiQueen menyasarkan untuk membuka 25 cawangan di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutifnya Nini Tan berkata pembukaan cawangan tersebut meliputi dua bandar utama iaitu 15 di Kota Kinabalu dan 10 di Kuching.

Menurut Tan, selain Sabah dan Sarawak, pihaknya turut menyasarkan pembukaan sebanyak 200 cawangan di seluruh negara dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai berikutan dobi layan diri berkenaan sudah pun mempunyai 90 cawangan iaitu di Lembah Klang. 

“Kita akan mula membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung bermula di Johor dan Pulau Pinang sebelum melebarkan cawangan di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum yang dianjurkan di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Tan berkata, pihaknya juga menyediakan aplikasi mudah alih dobiQueen yang mesra pengguna kepada pelanggan sekali gus memudahkan urusan mereka dari segi perancangan masa. 

“Apabila pelanggan terus datang ke dobi, mereka boleh tinggalkan sahaja baju tersebut di situ selepas mengimbas dan membuat pembayaran. Kemudian pelanggan akan menerima notifikasi sebaik sahaja baju tersebut selesai dicuci dan dikeringkan. 

“Menerusi aplikasi tersebut ia memudahkan urusan pelanggan supaya mereka tidak terlupa dan sebagainya,” jelas beliau. -Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Lawas, Limbang mungkin ada simpanan gas, minyak
Next: Awang Tengah: Rancang strategi tarik pelaburan ke Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.