Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Disney World dibuka semula
  • GLOBAL

Disney World dibuka semula

Utusan Sarawak 5 years ago
MAGIC Kingdom dan Animal Kingdom di Florida dibuka semula semalam. • Foto AFP

ORLANDO: Taman tema terbesar Magic Kingdom dan Animal Kingdom di Orlando, Florida dibuka semula hari ini selepas ditutup empat bulan susulan penularan wabak Covid-19.

AFP melaporkan, dua lagi taman tema iaitu Epcot dan Disney Studios Hollywood pula akan dibuka pada Rabu ini.

Pembukaan itu dilakukan selepas negeri itu berjaya membendung jangkitan baharu termasuk beberapa sekatan yang telah ditarik kembali.

Semua taman tema Disney di Orlando ditutup sejak Mac lalu selepas Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan  virus itu sebagai pandemik.

Taman tema Universal Orlando dan SeaWorld Orlando yang sebelum ini ditutup sekitar waktu yang sama bagaimanapun telah dibuka beberapa minggu yang lalu dengan prosedur keselamatan serta saringan kesihatan yang dipertingkatkan.

Antara peraturan baharu itu adalah membabitkan pemakaian topeng, pemeriksaan dan penjarakan sosial.

Pengunjung juga diwajibkan membuat tempahan terlebih awal sebelum memasuki taman tema berkenaan.

Sungguh pun begitu, pertunjukan bunga api dan persembahan yang boleh menarik orang ramai masih ditangguh.-AFP

Continue Reading

Previous: Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’
Next: Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.