Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Diskaun 30 peratus kompaun saman trafik di Sibu 14 Okt ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Diskaun 30 peratus kompaun saman trafik di Sibu 14 Okt ini

Utusan Sarawak 7 months ago

SIBU: Penduduk di Sibu kini berpeluang menikmati pengurangan sebanyak 30 peratus bagi pembayaran kompaun saman trafik.

Pengurangan tersebut adalah sempena program ‘Town Hall Discussion’ anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dengan kerjasama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bermula jam 9 pagi hingga 3 petang 14 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pembayaran saman dengan pengurangan itu boleh dilakukan di dua lokasi iaitu di UTS dan Cawangan Trafik, Balai Sungai Merah, di sini pada tarikh tersebut.

“Pengurangan kompaun ini hanya terpakai untuk kesalahan tertentu sahaja,” katanya.

Antara saman yang tidak layak mendapat diskaun adalah saman lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya, kemalangan, memotong di garisan berkembar, saman tidak boleh dikompaun (NC), saman perbicaraan mahkamah (bertanda M), saman melibatkan lori (bertanda A), saman ubah suai ekzos dan saman dalam operasi Ops Selamat.

Polis menasihati orang ramai supaya melakukan semakan awal saman mereka melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM untuk mempercepat urusan pembayaran.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu perlu darah jenis 0 dengan segera
Next: Tanah runtuh: 76 penghuni kini berjaga-jaga 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.