Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Diskaun 20 peratus kepada guru, pensyarah, pelajar
  • NASIONAL

Diskaun 20 peratus kepada guru, pensyarah, pelajar

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 8 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di banggunan Perdana Putra hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Perge- rakan Pemulihan (PKPP) di banggunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada  guru sekolah dan  pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, bagi penerbangan domestik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran yang  sama turut diberikan kepada pelajar yang menjadi  ahli  program MH Explorer, di laman sesawang syarikat penerbangan itu.

Mengulas lanjut  beliau berkata,  para guru dan pensyarah boleh mula menempah tiket penerbangan bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos bagi perjalanan pada 10 Julai sehingga 30 November ini.

“Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“…manakala bagi pelajar pula, diskaun boleh dinikmati sehingga 30 November ini atau sehingga tempoh keahlian tamat, mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya pada  sidang media di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan dengan  Ketua Pegawai Eksekutif MAB Izham Ismail, mengenai harga tiket penerbangan  untuk golongan itu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengurusan Malaysia Airlines  atas kesudian menawarkan diskaun ini. Diharapkan syarikat  penerbangan lain boleh turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan,” katanya.

Menurutnya, tawaran istimewa itu bertujuan memudahkan  mereka  pulang ke kampus dalam waktu terdekat, memandangkan institusi pendidikan akan dibuka tidak lama lagi.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, sejak 1 Mei hingga Selasa lepas seramai 1,391 pendatang asing tanpa izin dan 235 tekong ditahan, kerana cuba menceroboh sempadan negara secara haram melalui lorong tikus.

PDRM telah menahan tujuh  warga  asing di sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen Selasa lepas, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peguam mengaku tidak bersalah terima rasuah
Next: Sambutan Jubli Emas Rukun Negara dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.