Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan
  • KEMALANGAN

Dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan

Utusan Sarawak 1 month ago
RUNTUH… Dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan, Kuching. Foto JBPM

KUCHING: Sebahagian dinding satu unit kedai di Jalan Padungan di sini, runtuh awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 6.23 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan yang tiba di lokasi dengan segera, mendapati dinding bangunan tersebut telah retak dan runtuh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Komander Operasi, PBK I Law Kim Hin, segera mengambil langkah-langkah pengungsian bagi memastikan keselamatan penghuni bangunan serta pekerja di unit kedai bersebelahan, iaitu di tingkat 1 dan 2.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak bomba turut memasang tali sawar-sawar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. – TVS

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: 4WD terbalik langgar pembahagi jalan
Next: Insiden dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan tidak libatkan mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.