Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Diiktiraf Biduanita Negara, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni tempatan
  • HIBURAN

Diiktiraf Biduanita Negara, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni tempatan

Utusan Sarawak 6 months ago
KARYAWAN Seni Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024 pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 di sebuah hotel, malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Diiktiraf sebagai penerima Anugerah Biduan Negara 2024, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin beriltizam mahu melakukan yang terbaik untuk membawa seni negara ke peringkat lebih baik pada masa akan datang. 

Menganggap anugerah berkenaan sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya, penyanyi  berpengalaman hampir 30 tahun itu juga menyifatkan anugerah itu sebagai mewakili semua anak seni yang lain.  

“Anugerah ini sangat istimewa kerana ia Anugerah Seni Negara dan anugerah ini melambangkan bukan kejayaan diri saya (sahaja) sebaliknya anak seni di luar sana.

“Dan saya percaya pada masa akan datang anak seni yang ada sekarang ni juga boleh mendapat pengiktirafan seperti saya selagi dia bekerja keras dan tahu apa matlamat dalam industri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Seni Negara di sini, malam tadi. 

Siti Nurhaliza mula menceburi industri seni pada 1995 dan sepanjang penglibatannya beliau memenangi lebih 300 anugerah dari dalam dan luar negara antaranya 42 anugerah pada Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (25) , Anugerah Planet Muzik (28), MTV Asia Award (empat) selain pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebanyak dua kali. 

Beliau juga telah merakamkan lebih 200 lagu menerusi 20 album, mengadakan lebih 60 konsert dalam  dan luar negara serta disenaraikan sebagai 500 Muslim Berpengaruh Dunia 10 tahun berturut-turut selain pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall London pada 2005.

Penyanyi kelahiran Pahang itu juga mengulangi prinsipnya untuk membawa muzik dari sudut positif kepada masyarakat dan negara. 

Sementara itu, Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) yang meraih gelaran Seniman Negara kesembilan berharap anugerah yang diterimanya hari ini menjadi dorongan kepada generasi masa ini yang menceburi bidang seni visual. 

“Di usia macam ini, saya nak bagi dorongan kepada angkatan sekarang, generasi terkini dan juga generasi akan datang dalam bidang seni lukis, kartun dan penulisan kerana bidang ini juga mustahak untuk negara,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk kerajaan yang mengiktiraf jasa dan sumbangan anak seni. 

Berkecimpung selama 60 tahun dalam dunia kartun, Lat telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan gelaran antaranya Tokoh Warisan Orang Hidup, Ikon Budaya, Seniman Diraja Perak, Wira Budaya, Anak Malaysia dan Seniman Rakyat. 

Sinonim dengan kartun Kampung Boy (1979) yang mencerminkan budaya bangsa serta kehidupan masyarakat di negara ini, karya itu menjadi karya agung beliau yang dikenali di peringkat antarabangsa dan menerima sambutan menggalakkan. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jaclyn Victor bersedia memukau di konsert ‘kita bagi jadi’
Next: Jaclyn Victor sedia pukau peminat di Konsert Kita Bagi Jadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.