Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Didik masyarakat sayangi Bumi
  • TEMPATAN

Didik masyarakat sayangi Bumi

Utusan Sarawak 2 months ago
AYUH BERI SOKONGAN… Dato Wee Hong Seng dan yang lain mempromosikan poster pada Sidang Media ‘Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs’ di Bangunan MBKS, hari ini. -Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) turut mengambil bahagian dalam memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam pada 22 Mac ini sempena Program ’Virtual Earth Hour 2025’.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng memberitahu, semua masyarakat disarankan untuk menyertai acara alam sekitar tersebut sebagai usaha menggalakkan penjimatan tenaga serta mendidik orang ramai mengenai kesan perubahan iklim.

“Inisiatif global ini berperanan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bagi menyumbang ke arah mada depan yang lebih mampan untuk planet kita.

”Sehubungan itu, pada tahun ini kita juga mempelawa golongan kanak-kanak di peringkat sekolah untuk mengingatkan ibu bapa mereka supaya turut serta dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pada sidang media ‘Virtual Earth Hour 2025 And Free Anti-Rabies Vaccination, Licensing, Microchipping And Subsidized Neutering For Dogs’ di Bangunan MBKS, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya acara utama ’Virtual Earth Hour 2025’ akam berlangsung di Perpustakaan Awam Sibu Jaya dan Timbalan Permier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dijangka hadir bagi merasmikan program tersebut.

Sehubungan itu, katanya MBKS akan memadamkan lampu di bangunan pejabat MBKS, taman dan di semua bidang kuasa MBKS akan mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama sejam.

“Kita juga telah menghantar surat kepada syarikat korporat, pusat beli-belah dan pelbagai pihak lain bagi memastikan penyertaan yang lebih luas.

“Sehubungan itu, kita mempelawa semua sekolah supaya guru-guru dan pengetua menyebarkan maklumat kepada para pelajar sekali gus mengingatkan ibu bapa mereka untuk terlibat dalam program ini,” katanya.

OLEH RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Tingkat kesedaran perangi rabies
Next: Buntu jejaki nelayan hilang, operasi dihentikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.