Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Di Maria digantung empat perlawanan
  • SUKAN

Di Maria digantung empat perlawanan

Utusan Sarawak 5 years ago

di Paris Saint-Germain's Argentine midfielder Angel Di Maria (C) fights for the ball with Nice's French midfielder Morgan Schneiderlin (down) during the French L1 football match between OGC Nice and Paris Saint Germain at The Allianz Riviera Stadium in Nice, south-eastern France on September 20, 2020. (Photo by Valery HACHE / AFP)

PEMAIN tengah Paris Saint-Germain, Angel Di Maria (tengah) bersaing dengan pemain tengah Nice, Morgan Schneiderlin untuk mengawal bola semasa perlawanan Ligue 1 Perancis antara OGC Nice dan Paris Saint Germain di Stadium Allianz Riviera, Nice. • Foto AFP

PEMAIN sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria, dikenakan hukuman gantung empat perlawanan atas insiden meludah semasa perlawanan menentang Marseille yang  agak tegang bulan ini menyaksikan lima pemain dilayangkan kad merah dengan Neymar diherdik dengan kata-kata berbaur perkauman.

Penggantungan Di Maria yang dilaksanakan oleh suruhanjaya tatatertib Ligue 1 adalah kerana meludah pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez.

 Perhantunagn itu berkuatkuasa bermula 29 September dan bernakna dia boleh bermain menentang Reims pada Isnin ini sebelum kembali pada 8 November.

Neymar mendakwa Gonzalez mengherdiknya mengunakan kata-kata berbaur perkauman dan insiden itu akan disiasat pada 30 september ini kata suruhanjaya itu.

Neymar di buang padang kerana menampar Gonzalez di belakang kepala, menuduh pemain kelahiran Sepanyol itu memanggilnya “monyet” namum Gonzalez menafikan tuduhan itu.

Pemain termahal di dunia dijatuhkan hukuman gantung dua perlawanan atas insiden yang berlaku pada 13 September di Parc des Princes.

Pemain pertahanan PSG, Layvin Kurzawa juga  dikenakan hukuman gantung enam perlawanan minggu  lalu kerana menendang pertahanan kiri Marseille, Jordan Amavi, yang  yang turut digantung tiga perlawanan setelah dia juga diperintahkan untuk keluar padang.

Leandro Paredes digantung untuk dua perlawanan setelah dia diusir dari padang selepas bertengkar dengan Dario Benedetto, yang juga turut dilayangkan kad merah.

Suruhanjaya Displin Liga Perancis juga sedang menyiasat tuduhan bahawa Neymar membuat kernyataan  beunsur rasis terhadap  Pertahanan kanan Marseille, Hiroki Sakai  dan menghina Gonzalez.

Suruhanjaya itu menegaskan mana-mana pemain yang didapati bersalah melakukan tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi boleh dikenakan penggantungan sehingga 10 perlawanan. -AFP

Continue Reading

Previous: Hamilton sedia samai rekod Schumacher
Next: RMPA ambil tindakan perangi wabak AHS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.