Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Detik cemas Alza terbabas, dua cedera
  • KEMALANGAN

Detik cemas Alza terbabas, dua cedera

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SEBUAH kereta jenis Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelum jejambat di Sibu, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

SIBU: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelum jejambat (flyover), di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.20 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dipercayai telah terbabas sendiri.

“Pemandunya dipercayai terpelanting keluar dari kenderaan, manakala seorang penumpang lelaki berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu wanita berusia 38 tahun dilaporkan mengalami kecederaan, manakala penumpang lelaki berusia 11 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Sebuah ambulans daripada Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi lebih awal dan memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) juga menjalankan kerja-kerja pembersihan (flushing) di kawasan jalan bagi memastikan keadaan selamat. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.53 pagi,” tambah kenyataan itu lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, seorang cedera nahas pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo
Next: Tiga maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.