Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dedah murid, guru langkah cegah kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Dedah murid, guru langkah cegah kebakaran

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti dijalankan di SK Ulu Strass. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 59 murid dan 22 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Strass menerima pendedahan penting berkaitan keselamatan kebakaran melalui program ceramah dan latihan kebakaran yang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, baru-baru ini.

Program yang bermula 9.00 pagi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haron Jenai dan disertai tujuh anggota bomba dengan fokus kepada aktiviti menghapus bahaya kebakaran (MBK), ceramah keselamatan serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api (APA).

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program seperti ini amat penting dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap langkah pencegahan awal dan tindakan semasa berlakunya kebakaran, khususnya dalam persekitaran sekolah.

“Kita mahu setiap warga sekolah bukan sahaja tahu apa yang perlu dibuat ketika kebakaran berlaku, tetapi juga bagaimana mencegahnya sejak awal. 

“Pengetahuan ini boleh menyelamatkan nyawa,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pendedahan berterusan kepada warga sekolah amat penting kerana kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jika tidak bersedia.

“Demonstrasi penggunaan alat pemadam api turut dijalankan secara praktikal, di mana para murid dan guru diberi peluang mengendalikannya dengan pemantauan anggota bomba.

“Terima kasih kepada pihak sekolah atas kesediaan memberi ruang kepada pihak bomba untuk menjalankan aktiviti pendidikan keselamatan,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ambil langkah waspada, bina lokasi kediaman terutama di kawasan berisiko
Next: ADUN Meradong terima dua kunjungan hormat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.