Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBKU sedia 74 tapak jualan sempena sambutan Ambang 2025
  • WILAYAH

DBKU sedia 74 tapak jualan sempena sambutan Ambang 2025

Utusan Sarawak 5 months ago

Gambar hiasan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menawarkan 74 tapak jualan sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2025 yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2024.

Tapak jualan tersebut akan disediakan di sepanjang Jalan Gambier, Kuching, bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 pagi.  

Menurut kenyataan DBKU, setiap petak jualan dikenakan bayaran sebanyak RM15.00. 

Peniaga diminta untuk menyediakan sendiri meja, kerusi, serta kanopi berwarna biru bersaiz 10’ x 10’ untuk memastikan keseragaman dan memudahkan susun atur lokasi jualan.  

“Pendaftaran akan dibuka pada 26 Disember 2024, bermula jam 9:00 pagi di Bahagian Pelesenan, DBKU@Depo, Jalan Depo. 

“Pemohon perlu membawa dokumen lengkap termasuk gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu gerai, serta salinan sijil kursus pengendali makanan dan laporan pemeriksaan kesihatan lengkap dengan suntikan pelalian anti tifoid untuk peniaga makanan dan minuman,” kata kenyataan tersebut.  

DBKU turut memaklumkan bahawa pemohon boleh menggantikan sijil-sijil kesihatan itu dengan Kad Pengendali Makanan DBKU sekiranya mereka memilikinya. 

Katanya, yuran penyertaan sebanyak RM15.00 perlu dijelaskan semasa pendaftaran.  

Untuk maklumat lanjut, peniaga yang berminat boleh menghubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-512955. 

Inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam sambutan tahun baharu, selain memberikan peluang perniagaan kepada peniaga kecil.  

Continue Reading

Previous: Saberkas Tupong santuni 30 pelajar beli  keperluan sekolah
Next: 350 penduduk terima sumbangan sempena Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.