Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Daus Eli tampil single kelima berjudul ‘Terukir’
  • HIBURAN

Daus Eli tampil single kelima berjudul ‘Terukir’

Utusan Sarawak 6 months ago
KENANGAN… Daus Eli merakam gambar kenangan bersama yang lain selepas melancarkan single kelima beliau yang berjudul Terukir di sini, hari ini. 

KUCHING: Daus Eli, atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 36, muncul dengan single kelima berjudul Terukir, yang merupakan single pertamanya bersama Alternate Record & Talents.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu pernah muncul dengan single ‘Kenapa?’ (2010), ‘Akhir Waktu’ (2011), ‘1000 Rasa Cinta’ (2017) dan ‘Takdir Kita’ (2020). 

Katanya, single kali ini beliau bekerjasama dengan Syed Asyraf menerusi susunan lagu dan lirik lagu Terukir yang bergenre pop reggae.

“Banyak perkara baharu saya belajar daripada beliau dan kami bersama-sama mencipta sesuatu yang luar biasa, dalam genre baharu atau dalam gabungan elemen-elemen muzik berbeza.

“Selepas ini, saya teringin untuk bekerjasama dengan komposer serta penulis lirik yang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri seni Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media pelancaran single tersebut di sini, hari ini. 

Menurut pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu, rakaman single ‘Terukir’ mengambil masa selama dua bulan termasuk susunan muzik, rakaman vokal, adunan dan pencampuran serta ‘mastering’.

Beliau menjelaskan bahawa kelainan yang ditampilkan menerusi single ‘Terukir’ terletak pada cara ia menggabungkan lirik, muzik, dan emosi secara keseluruhan untuk memberikan pengalaman mendalam kepada pendengar.

“Jika dibandingkan dengan single saya yang lain, Terukir mudah didengar dan berpotensi untuk menjadi lebih unik dari segi kedalaman dan pengolahan muzik,” katanya. 

Tambah Daus, Terukir boleh dikatakan sebuah single yang mampu mencetus kegembiraan (mood booster) dan ‘catchy’.

Dalam pada itu, orang ramai boleh mendengar single ‘Terukir’ ini di platform seperti Spotify, Joox, Youtube dan Itunes. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Napie Spider meninggal dunia
Next: Filem Abang Adik menang filem terbaik di Los Angles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.