Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Datu Ken Leben adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Datu Ken Leben adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

Datu Ken (dua, kiri) dan rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. Beliau merupakan anak Sarawak yang pertama dilantik memegang jawatan itu setelah berkhidmat sebagai Pengarah Imigresen Sarawak sejak 2016.

KUCHING: Mantan Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datu Ken Leben melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi melaporkan bahawa beliau telah berpindah tugas ke Putrajaya, Kuala Lumpur sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Datu Ken merupakan anak Sarawak yang pertama dilantik memegang jawatan itu setelah berkhidmat sebagai Pengarah Imigresen Sarawak sejak 2016.

Datu Ken berkata, beliau memberitahu bahawa Premier Sarawak turut mengambil maklum mengenai beberapa maklumat terkini berkenaan situasi kawalan imigresen di Sarawak.

“Saya akan menjalankan tugas baharu di Putrajaya, dalam masa sama saya telah memberi maklumat terkini berkenaan dengan situasi kawalan imigresen di Sarawak.

“Saya memberitahu beliau bahawa kawalan imigresen setakat ini adalah memuaskan dan terurus.

“Turut dimaklumkan berhubung perkembangan terkini dasar-dasar yang dilaksanakan di peringkat persekutuan yang mana sesuai untuk dilaksanakan di Sarawak,” katanya selepas kunjungan di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak Azlan Othman serta beberapa pegawai imigresen yang lain.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: FTZ di Tebedu rancak sektor perdagangan
Next: 40 KIR Igan, Tian terima kunci rumah RSP Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.