Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dasha Logan hidupkan semula lagu Alleycats
  • HIBURAN

Dasha Logan hidupkan semula lagu Alleycats

Utusan Sarawak 4 months ago
SIDANG MEDIA… Dasha Logan bersama bapa saudaranya Datuk David Arumugam ketika sidang akhbar pada pelancaran extended play (EP) berjudul Legasi, semalam. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan kepada kumpulan legenda Alleycats, penyanyi Dasha Logan melancarkan extended play (EP) berjudul Legasi yang kini boleh didengari di semua platform penstriman utama.

Dasha, 37, yang merupakan anak mendiang vokalis Alleycats Datuk Loganathan Arumugam, berharap penghasilan Legasi dapat menarik minat golongan muda untuk menghargai dan menghayati lagu popular kumpulan ikonik itu.

“Saya berharap semua generasi, sama ada muda atau tua, akan mendengar muzik Alleycats. Lagu yang bagus tetap bagus selagi kalian terus mendengarnya. Ayuh, mari kita jatuh cinta sekali lagi dengan lagu-lagu Alleycats,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Legasi, semalam.

SESI fotografi bersama selebriti, Datuk David Arumugam dan Dasha Logan pada pelancaran extended play (EP) berjudul Legasi, semalam.

Legasi yang menampilkan sentuhan muzik Melina Williams dan diterbitkan oleh Rozhan Razman, memuatkan lima lagu hit Alleycats, iaitu Jika Kau Bercinta Lagi, Senandung Semalam, Seribu Bintang, Andainya Aku Pergi Dulu dan Sampaikanlah Salam.

Projek EP itu yang mendapat sokongan dana daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd, turut menampilkan kolaborasi istimewa bersama bapa saudaranya Datuk David Arumugam yang juga vokalis kumpulan ikonik Malaysia itu.

Berkongsi tentang penghasilan Legasi, Dasha berkata idea itu terbit sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020.

“Namun saya akui sukar untuk menyanyikan lagu Alleycats kerana terikat dengan emosi disebabkan mereka ialah keluarga saya,” katanya.

Menurut Dasha, menerusi lagu-lagu ditampilkan, beliau mencuba sesuatu yang berbeza dengan bantuan pengarah muzik dan bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan serta pendapat para pendengar.

PERSEMBAHAN nyanyian oleh Dasha Logan pada pelancaran extended play (EP) berjudul Legasi, semalam.

“Pada awalnya mungkin orang akan berkata ‘saya tak suka’, tetapi jika mereka mendengarnya dengan lebih teliti, mereka akan melihat bahawa ini adalah cara menarik untuk mempersembahkan lagu ini,” katanya.

Pelantun lagu Cleverly itu juga berharap dapat memperkenalkan karya Alleycats yang kurang popular untuk dinikmati generasi muda pada masa akan datang.

“Alleycats mempunyai lebih 100 lagu daripada pelbagai album, tetapi hanya 20 atau 30 lagu yang dikenali. Saya mahu menghidupkan semula beberapa lagu yang kurang popular, antaranya Cahaya Keinsafan dan Dengar Lihat Fikir,” tambahnya. – Bernama

DASHA Logan.
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Konsert Band Death Metal kebanggaan Bumi Kenyalang, Larrong tampil kelainan
Next: Munirih angkat muzik sape ke persada antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.