Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daro mempunyai bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
  • TEMPATAN

Daro mempunyai bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Utusan Sarawak 4 months ago

PERASMIAN.....Abang Johari menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu PDK Daro, hari ini.

DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daro, hari ini.

Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan memperkasa program pemulihan dan kebajikan bagi mereka yang memerlukan.  

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya memberitahu, bangunan baharu itu akan menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan serba lengkap untuk individu berkeperluan khas di daerah ini.  

Dengan keluasan kira-kira 1,297 meter persegi, bangunan itu dibina oleh kontraktor Ahza Kerja Am dengan kos RM1.1 juta.  

PDK yang memulakan pembinaan bangunan baharu itu pada 16 April 2024 dan siap pada 21 Februari, memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan dan sokongan kepada orang kelainan upaya (OKU) di kawasan itu.  

“Dengan ada bangunan baharu itu, program PDK dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemulihan serta penjagaan individu berkeperluan khas,” kata kenyataan itu.

Bangunan baharu itu dilengkapi bilik aktiviti, pejabat, dan kemudahan sokongan lain. Selain itu, projek ini merangkumi kerja-kerja kejuruteraan awam seperti sistem perparitan, pagar, jalan raya, serta kerja-kerja elektrik dan mekanikal yang berkaitan.  

Menurut JKR, pembinaan bangunan baharu PDK Daro adalah sebahagian usaha menggantikan struktur lama, yang tidak lagi memenuhi keperluan operasi atau keperluan kebajikan individu berkeperluan khas kerana kekangan ruang, kemudahan yang tidak mencukupi, dan keadaan fizikalnya semakin merosot.  

“Inisiatif ini akhirnya bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan mesra orang kurang upaya.  

“Kerajaan berharap pembangunan PDK Daro akan menjadi pemangkin untuk memperkasakan usaha kebajikan masyarakat di samping memupuk ekosistem yang lebih holistik untuk kesejahteraan penduduk di daerah Daro,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah sertai acara menembak pistol bersama BAKAT naungan PMTTD
Next: Kelisa Sakura Tarikan Fast Culture, RM145,000 untuk impian jadi realiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.