Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dapur rumah terbakar, tindakan pantas penduduk elak kemusnahan lebih besar
  • KEBAKARAN

Dapur rumah terbakar, tindakan pantas penduduk elak kemusnahan lebih besar

Utusan Sarawak 14 hours ago
BERJAYA DIPADAMKAN…Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan keselamatan di sebuah rumah di Lorong Perdana, Tudan Desaras, Miri selepas kebakaran di bahagian dapur berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan beberapa alat pemadam api sebelum ketibaan bomba petang tadi.

MIRI: Tindakan pantas orang awam menggunakan alat pemadam api berjaya mengawal kebakaran di bahagian dapur sebuah rumah di Lorong Perdana, Tudan Desaras di sini petang tadi sebelum api merebak ke keseluruhan kediaman.

Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal satu tingkat berukuran lebih kurang 40 kaki x 20 kaki dan memusnahkan sekitar 10 peratus struktur rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.03 petang sebelum sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 6.13 petang, pasukan mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering dan tiga unit alat pemadam api karbon dioksida (CO₂).

KEADAAN dapur rumah yang mengalami kebakaran petang tadi sebelum api berjaya dipadamkan oleh orang awam, sekali gus mengelakkan kebakaran daripada merebak ke keseluruhan kediaman.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Menurutnya, empat penghuni rumah terbabit berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi dikawal sepenuhnya pada 6.21 petang sebelum ditamatkan pada 6.56 petang.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran awal pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.