Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dapur rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Dalam
  • KEBAKARAN

Dapur rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Dalam

Utusan Sarawak 14 hours ago
PADAM… Anggota bomba BBP Miri memadam kebakaran yang memusnahkan bahagian dapur rumah kayu di Kampung Sungai Dalam, Miri malam ini. Foto BBP Miri

MIRI: Bahagian dapur rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Dalam, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.29 malam itu, kebakaran memusnahkan dapur rumah berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi, namun tidak merebak ke bahagian lain kediaman berkenaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.29 malam sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.50 malam dan mendapati bahagian dapur rumah telah terbakar 100 peratus.

PADAM… Anggota bomba BBP Miri memadam kebakaran yang memusnahkan bahagian dapur rumah kayu di Kampung Sungai Dalam, Miri malam ini. Foto BBP Miri

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dapur rumah panjang musnah terbakar, tindakan pantas penduduk selamatkan bahagian utama rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.