Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan – Loke
  • NASIONAL

Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan – Loke

Utusan Sarawak 11 months ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke.

KUALA LUMPUR: Dana bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, antara inisiatif itu ialah bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak; program MyLesen untuk golongan B40 serta penukaran topi keledar baharu untuk penunggang motosikal.

“Menjunjung kasih Tuanku! Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Daulat Tuanku!,” menurut Loke dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Menurut catatan itu, nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta. – Bernama

Continue Reading

Previous: Enam jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas wukuf
Next: Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA, ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun – KPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.