Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dahului perasmian Perhimpunan Agung 2020 -Acara naik bendera
  • NASIONAL

Dahului perasmian Perhimpunan Agung 2020 -Acara naik bendera

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 28 Mac -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan ketika acara menaikkan bendera pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.? — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENAIKKAN BENDERA… Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan ketika acara menaikkan bendera pada Perasmian Persida- ngan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Acara menaikkan bendera pada perhimpunan kali ini dikawal rapi Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada 8.00 pagi disambut Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.

Zahid selepas itu menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut.

Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Edisi kali ini yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan akibat Covid-19 dibuat secara sederhana selain tiada gerai jualan dan kunjungan orang ramai. 

— Bernama

Continue Reading

Previous: Keupayaan anggota PDRM harus diperkasakan
Next: NGO serah memorandum kepada SPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.