Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dagangan niaga hadapan emas dijangka kecil
  • BISNES

Dagangan niaga hadapan emas dijangka kecil

Utusan Sarawak 5 months ago
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga AS$2,585 hingga AS$2,635.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga AS$2,585 hingga AS$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu kekal di bawah tekanan susulan pengukuhan dolar AS dan peningkatan hasil Perbendaharaan negara maju itu dengan sokongan akibat ketidaktentuan geopolitik terus menyusut.

“Bagaimanapun, momentum spekulatif bagi melonjakkan harga kelihatan kian suram menjelang berakhirnya tahun ini.

“Secara asasnya, permintaan terhadap emas kekal memberangsangkan, didorong oleh pembelian daripada bank-bank pusat, termasuk dalam pasaran sedang pesat membangun seperti China, India dan Turkiye selain minat runcit yang stabil di Asia,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasa Disember 2024 mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah pada AS$2,607.00 setiap auns troy daripada AS$2,678.30 setiap auns troy pada minggu lepas manakala kontrak Januari 2025 berkurangan kepada AS$2,620.10 setiap auns troy daripada AS$2,691.40.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 juga ditutup rendah pada US$2,630.30 setiap auns troy daripada AS$2,701.50 setiap auns troy pada minggu lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 144 lot daripada 210 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 24 kontrak daripada 63 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Disember harga emas fizikal berada pada AS$2,592.45 setiap auns troy. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.