Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Daerah Limbang sebagai pusat kejohanan tarik tali di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Daerah Limbang sebagai pusat kejohanan tarik tali di Sarawak

Utusan Sarawak 8 months ago
WANITA BESI… Dr Abdul Rahman bersama pasukan wanita yang turut bertanding pada Kejohanan Tertutup Tarik Tali Limbang/Lawas. 

LIMBANG: Penganjuran Kejohanan Tarik Tali yang mendapat sambutan hebat di Limbang mampu menjadikan daerah itu sebagai pusat kejohanan tarik tali di Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sukan tarik tali Seborneo menjadi ikon Limbang setelah mendapat penyertaan mengalakkan dari wilayah kepulauan Borneo membabitkan Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam.

Jelasnya, penganjuran kejohanan itu secara konsisten mampu memperkenalkan Limbang sebagai satu lagi destinasi sukan tarik tali yang mampu menarik kemasukkan pengunjung luar ke daerah ini.

“Sebenarnya di Limbang dan Lawas ini  memang terkenal sebagai orang kuat.

“Kalau dulu kita  terkenal dengan sukan lasak, tetapi yang masih wujud dan hidup  sampai sekarang adalah pertandingan Tarik Tali yang mendapat sambutan hebat,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Tarik Tali Tertutup Limbang/ Lawas 2024 di Padang Majlis Daerah Limbang Limbang, baru-baru ini.

Turut sama, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pengerusi Persatuan tarik tali bahagian Limbang  (PTTBL) yang juga Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Sebanyak 18 pasukan dari  Limbang dan Lawas menyertai kejohanan itu termasuk tiga pasukan wanita. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, kejohanan ini merupakan aksi pemanas badan sebagai persediaan ke Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa yang bakal diadakan pada penghujung November nanti.

Difahamkan seramai 50 pasukan dari Sarawak, Sabah, Brunei, Wilayah Persekutan Labuan dan Semenanjung Malaysia akan menyertai kejohanan itu bagi merebut mahkota kejuaraan dan hadiah lumayan yang ditawarkan pada kejohanan berprestij itu kelak.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Kesihatan Sibu Satu Hari: Kesedaran Buah Pinggang di UTS 8 Oktober depan  
Next: 136 warga Tadika Methodist Nyelong Park sertai latihan bersama bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.