Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Curi kabel, dua lelaki dipenjara lapan bulan
  • MAHKAMAH

Curi kabel, dua lelaki dipenjara lapan bulan

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Majistret di sini hari ini, menjatuhi hukuman penjara lapan bulan ke atas dua lelaki setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kabel, Sabtu lepas.

Majistret Oon Kork Chern yang menjatuhkan hukuman itu, memerintahkan tertuduh Juki Julin, 47, dan Gregory Cyril Chan Hiok Kim, 33, menjalani hukuman bermula tarikh sabit kesalahan.

Juki dan Gregory dituduh bersama mencuri gulungan kabel dari kilang sebuah syarikat di Lorong Tapah 4B pada 15 Februari lepas, lebih kurang 10.10 malam.

Kedua-dua mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Seksyen 379 memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sementara bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dihukum penjara dan juga denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika pengadu berada di rumah, beliau telah dihubungi oleh seorang pekerja yang memberitahu terlihat dua lelaki masuk ke dalam kawasan kilang serta memotong kabel milik syarikat.

Pengadu kemudian menghubungi pihak polis yang kemudian berjaya menahan dua lelaki tersebut yang dikenali sebagai tertuduh untuk siasatan lanjut.

Pihak polis turut merampas sebuah motosikal Honda EX5, kunci motosikal, seunit gergaji berwarna kuning, dua unit gergaji merah, 12 bilah gergaji biru dan kuning, dua unit sepana saiz 13 serta satu unit beg hitam.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam serta Inspektor Kumareswaran Murugan sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Dua pemandu lori didenda masing-masing RM5,500
Next: Lelaki dipenjara tiga bulan gara-gara curi barangan berjumlah RM168

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.