Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuaca panas melampau, beberapa sekolah di Filipina ditutup
  • GLOBAL

Cuaca panas melampau, beberapa sekolah di Filipina ditutup

Utusan Sarawak 2 months ago
CUACA PANAS… Pelajar meninggalkan sekolah di Manila pada 3 Mac 2025 berikutan kelas digantung kerana panas melampau. Foto AFP

MANILA: Beberapa sekolah di Manila menangguhkan sesi persekolahan pada Isnin susulan suhu dijangka mencecah sehingga 42 darjah Celsius, lapor Philippine News Agency.

Datuk Bandar Manila, Honey Lacuna dalam satu hantaran di media sosial berkata keputusan itu dibuat berdasarkan saranan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Manila.

“Menurut ramalan cuaca Pejabat Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Manila (MDRRMO), indeks haba di Manila pagi ini dijangka antara 36 hingga 38 darjah Celcius, dengan 42 darjah Celcius sekitar 2.00 petang,” katanya.

Foto AFP
Foto AFP

Lacuna turut menasihatkan orang ramai untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan strok haba dan masalah kesihatan lain.

Selain Manila, sekolah awam dan swasta di Malabon, Las Pinas, Paranaque dan Marikina turut menangguhkan sesi persekolahan.

Sementara itu, di Valenzuela dan Caloocan, hanya sekolah awam dari peringkat tadika hingga sekolah menengah atas yang terlibat dalam penutupan.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina memaklumkan selain Science Garden dan Lapangan Terbang Clark, Universiti Negeri Luzon Tengah di Munoz, Nueva Ecija dijangka mencatat indeks haba 45 darjah Celsius pada Isnin. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gaza berdepan keruntuhan kemanusiaan
Next: Seorang hilang, ratusan dipindahkan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.