Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

Facebook
WhatsApp
CRISTIANO Ronaldo.

LONDON: Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemain bola sepak pertama bergelar bilionair, menurut Bloomberg, lapor PA Media/dpa.

Nilai bersih pemain berusia 40 tahun itu dianggarkan bernilai AS$1.39 bilion oleh Bloomberg Billionaires Index, yang menjejaki individu terkaya di dunia.

Penilaian terhadap kekayaannya mengambil kira pendapatan sepanjang karier, pelaburan serta penajaan.

Perpindahannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr pada 2022 menyaksikan beliau menandatangani kontrak dengan gaji tahunan dianggarkan sebanyak AS$237 juta dan sejak itu menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga 2027.

Beliau juga mempunyai perjanjian penajaan bernilai AS$17.9 juta setahun dengan Nike.

-BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak