Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Covid-19: JPBNS adakan mesyuarat khas hari ini
  • TEMPATAN

Covid-19: JPBNS adakan mesyuarat khas hari ini

Utusan Sarawak 5 years ago
UGGAH menyampaikan bendera GPS kepada Rose Unor, ketua Wanita PBB tempatan.

BETONG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengadakan mesyuarat khas di Kuching hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini wabak Covid-19 di Daerah Kuching.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mesyuarat itu bertujuan membincangkan perkara daerah yang mengalami lonjakan kes positif akhir-akhir ini.

“Hari ini kita mempunyai lapan kes positif dan semalam sembilan.

“Kami mempunyai 39 kes positif hari ini dan dengan satu lagi, kami akan berubah menjadi merah daripada zon kuning.

“Apabila kita menjadi merah, ia menggambarkan betapa seriusnya keadaan.

“Ini menjamin langkah-langkah tertentu yang harus diambil dan mesyuarat esok (hari ini) menentukan langkah-langkah ini,” kata Uggah dan menambah apa sahaja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan disampaikan kepada Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Tambahnya JPBNS akan bertindak secepat mungkin untuk mencari penyelesaian terhadap lonjakan kes yang berlaku.

Beliau berkata antara isu yang akan dibincangkan adalah kemungkinan larangan perjalanan.

Penasihat JPBNS, Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Dato Sri Dr Stephen Rundi yang juga Menteri Kemudahan Awam dijangka menghadiri mesyuarat tersebut.

Turut dijangka menghadiri mesyuarat ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing dan pasukan pakar perubatannya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.