Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Covid-19: Angka korban sejuta
  • GLOBAL

Covid-19: Angka korban sejuta

Utusan Sarawak 5 years ago
PALING TERUK… Sepasukan unit khas sedang melakukan pengebumian mangsa akibat jangkitan Covid-19. • Foto AFP

LONDON: Jumlah kes kematian akibat koronavirus di seluruh dunia sudah melepasi satu juta ketika banyak negara masih bergelut dengan lonjakan kes wabak itu.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan separuh daripada kematian itu berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Pakar memberi amaran jumlah kes kematian itu mungkin jauh lebih tinggi.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres menyifatkan ia adalah berita yang menyakitkan.

Perkembangan itu muncul hampir 10 bulan sejak kes koronavirus mula muncul di Wuhan, China tahun lalu.

Pandemik ini telah menular di 188 buah negara dengan lebih 32 juta kes Covid-19 telah disahkan.

Setakat ini usaha membangunkan vaksin yang efektif masih diteruskan walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kematian boleh mencecah dua juta. Amerika Syarikat telah merekodkan kadar kematian tertinggi dengan 205,000 kes diikuti Brazil 141,700 dan India 95,500. – AFP

Continue Reading

Previous: Menara jam Big Ben London muncul semula
Next: 14 TERKORBAN akibat tanah runtuh di Kalimantan Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.