Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City yakin tambat Messi
  • SUKAN

City yakin tambat Messi

Utusan Sarawak 5 years ago
KECEWA… Penyerang dan juga tonggak Barcelona, Lionel Messi meninggalkan padang selepas kekalahan 2-8 Barcelona kepada Bayern Munich ketika saingan suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon kelmarin • Foto AFP

MANCHESTER City percaya, mereka berada pada landasan yang tepat untuk membeli Lionel Messi jika bintang penyerang Argentina itu meninggalkan Barcelona.

The Citizens sanggup membayar berapa sahaja untuk membawa masuk Messi ke Etihad sekali gus membolehkan tonggak Barcelona itu bekerjasama semula dengan jurulatih, Pep Guardiola yang juga bekas pengendali kelab di Camp Nou itu.

Spekulasi Messi akan meninggalkan Camp Nou bertiup kencang selepas Barcelona dimalukan 8-2 oleh kelab Jerman, Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu (15 Ogos).

Messi dilihat meninggalkan padang di Lisbon dalam keadaan amat kecewa, setahun selepas berdebat dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu mengenai hala tuju Barcelona.

City yang turut tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tunduk 1-3 kepada Lyon awal tadi berdepan satu cabaran besar jika serius mahu mendapatkat khidmat Messi di Etihad.

Pemain berusia 33 tahun itu mempunyai klausa belian £635 juta (RM3.49 bilion), satu jumlah yang amat tinggi untuk dipenuhi mana-mana kelab. – AFP

Continue Reading

Previous: Binder, KTM manfaat kelebihan di Austria
Next: Hafizh Syahrin cedera kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.