City terus beri tekanan kepada Arsenal, belasah Palace 3-0

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PEMAIN Manchester City, Savinho meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester. Foto AFP

MANCHESTER: Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Pengurus City, Pep Guardiola melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama, namun barisan kedua The Citizens tetap tampil garang untuk meraih tiga mata penting.

Gol pembukaan hadir menerusi Antoine Semenyo pada minit ke-32 hasil gerakan cantik Phil Foden sebelum Omar Marmoush menggandakan jaringan lapan minit kemudian.

Pemain Brazil, Savinho melengkapkan kemenangan bergaya City menerusi gol ketiga pada penghujung permainan.

Kemenangan itu menyaksikan City kini hanya dua mata di belakang Arsenal dengan baki dua perlawanan musim ini, sekali gus menjadikan perebutan kejuaraan semakin mendebarkan. – AFP