Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City tempah slot ke separuh akhir Piala FA
  • SUKAN

City tempah slot ke separuh akhir Piala FA

Utusan Sarawak 1 month ago

Pemain Manchester City meraikan jaringan ketika menentang Bournemouth.

BOURNEMOUTH: Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas merakam kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth ketika Erling Haaland terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.

Haaland turut terlepas peluang untuk mencetak nama selaku penjaring apabila sepakan penaltinya di babak pertama diselamatkan sebelum Evanilson meletakkan Bournemouth di depan.

Begitupun penyerang kebangsaan Norway itu menebus kesilapannya itu apabila menyamakan kedudukan empat minit memasuki babak kedua sebelum dikeluarkan kerana kecederaan buku lali.

Omar Marmoush yang masuk sebagai pemain gantian hanya memerlukan dua minit untuk meledak gol kemenangan selepas dia menyambut hantaran cantik Nico O’Reilly.

City dijadual menentang Nottingham Forest di separuh akhir nanti sekali gus menyajikan pertembungan klasik kedua-dua pasukan.

Pep Guardiola pastinya lega dengan kejayaan itu selepas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu melalui musim yang agak longlai dalam saingan liga. – AFP

Continue Reading

Previous: Mbappe samai jumlah gol Ronaldo
Next: Berita baik untuk Arsenal, Saka kembali bermain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.