Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cipta mesin kaji serpihan UFO
  • GLOBAL

Cipta mesin kaji serpihan UFO

Utusan Sarawak 4 years ago
SAINTIS mendapati serpihan yang ditemui itu adalah dicipta dan bukan serpihan semula jadi. • Foto AFP

STANFORD, CALIFORNIA: Penciptaan mesin berteknologi tinggi baharu telah membolehkan sekumpulan saintis dari Universiti Stanford, Amerika Syarikat (AS) untuk mengkaji serpihan dipercayai milik objek terbang tidak dikenali (UFO) yang ditemui di Amerika Selatan 70 tahun lalu, lapor AFP semalam.

Salah seorang penyelidik, Dr. Jacques Vallee mengumpulkan sisa logam daripada apa yang dipercayai sebagai UFO yang terhempas di Colombia dan Argentina sejak 1947.

Mesin baharu yang dipanggil ‘pengimbas ion pelbagai paramater’ itu memberi peluang kepada saintis untuk melihat struktur atomik bagi sesetengah bahan.

Majalah Science News melaporkan ahli mikrobiologi Stanford, Dr. Garry Nolan menggunakan mesin tersebut untuk menghasilkan gambar tiga dimensi bagi menganalisis sampel dalam proses yang disebut Multiplexed Ion Beam Imagine (MIBI).

Pada tahap mikroskopik, struktur atom tidak mungkin dipalsukan.

Ketika Nolan meletakkan beberapa serpihan di ruang vakum instrumennya, dia terkejut apabila mendapati komposisi logam itu tidak seperti logam lain.

“Sekiranya berbicara tentang bahan canggih daripada sebuah peradaban maju, kita berbicara tentang sesuatu yang saya sebut sebagai bahan ultra.

“Ini adalah sesuatu yang mempunyai sifat di mana seseorang menyatukannya semula pada satu skala atom,” katanya.

Saintis itu kemudian menemukan bahawa bahan itu telah dihasilkan dan bukan bersifat semula jadi.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud ia dihasilkan di suatu tempat di luar angkasa, tetapi mungkin dihasilkan untuk tujuan tertentu yang belum difahami oleh penyelidik. – AFP

Continue Reading

Previous: Kos projek HSR meningkat
Next: Vaksin tamatkan pandemik diragui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.