Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China mahu adakan rundingan perdagangan – Trump
  • GLOBAL

China mahu adakan rundingan perdagangan – Trump

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa mendakwa bahawa pegawai-pegawai dari China menunjukkan hasrat untuk berunding bagi meredakan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa besar, justeru rundingan akan diadakan “pada masa yang sesuai”, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).

“Mereka mahu berunding dan mengadakan pertemuan. Kami akan bertemu dengan mereka pada masa yang sesuai,” kata Trump di Pejabat Oval ketika bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.

Pentadbiran Trump mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import dari China.

Sebagai tindak balas, Beijing pula memperkenalkan tarif timbal balik sehingga 125 peratus terhadap barangan dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak memberikan pengecualian terhadap beberapa barangan tertentu yang dianggap penting, seperti produk elektronik terpilih bagi mengurangkan kesan ekonomi yang lebih besar.

Trump sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah mengenai status rundingan dengan Beijing, antaranya terdapat pertukaran komunikasi antara kedua-dua pihak, termasuk satu panggilan telefon antara beliau dan Presiden China Xi Jinping, namun Beijing menafikan dakwaan itu.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan penerbangan terjejas susulan ketegangan India-Pakistan
Next: Indonesia lancar inisiatif perumahan untuk wartawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.