Char kuetiau sotong goreng jadi pilihan ramai di gerai EJ Char Kuey Teow

Facebook
WhatsApp
PEMILIK EJ Char Kuey Teow, Muhammad Idzwan Ibrahim.

PETRA JAYA: Gerai makanan EJ Char Kuey Teow di Taman Sourabaya Indah menjadi tumpuan pelanggan selepas menawarkan hidangan char kuetiau yang menekankan keseimbangan rasa masin, manis dan ringan dalam setiap sajian.

CHAR kuetiau bersama udang.

Menurut pemilik EJ Char Kuey Teow, Muhammad Idzwan Ibrahim, aspek utama dalam penyediaan char kuetiau di gerainya ialah penggunaan kicap yang lengkap serta seimbang dari segi rasa bagi memastikan hidangan kekal enak dan menepati cita rasa pelanggan.

CHAR kuetiau bersama udang.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah char kuetiau bersama udang dan kerang, selain sotong goreng yang dianggap sebagai hidangan istimewa di gerai berkenaan.

Kombinasi ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung.

CHAR kuetiau sotong goreng dianggap sebagai hidangan istimewa.

Muhammad Izzan berkata, gerai char kuetiau yang diusahakannya beroperasi dari 4.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan di kawasan tersebut, di samping menawarkan pelbagai pilihan hidangan kepada orang ramai.

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,

Nikmat sihat, amanah yang perlu dijaga

PEMBERIAN kesihatan daripada Allah SWT kepada manusia dikategorikan sebagai nikmat yang paling besar. Ketika tubuh sihat, kita mampu melakukan pelbagai

Menala hati

KEHIDUPAN manusia boleh kita kaitkan sebagai persamaan dengan sebuah alat muzik. Setiap tindakan melahirkan kesan, setiap perkataan meninggalkan getaran dan

Menyemai ukhuwah, memperkukuh perpaduan

PERPADUAN merupakan satu sumber kekuatan dalam masyarakat. Malaysia dibina atas latar masyarakat yang berbeza dari sudut kaum, agama, bahasa dan