Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • CEO Jeju Air disoal siasat polis berhubung nahas pesawat
  • GLOBAL

CEO Jeju Air disoal siasat polis berhubung nahas pesawat

Utusan Sarawak 3 months ago

Anggota bomba dan pasukan penyelamat bertungkus lumus di lokasi nahas pesawat Jeju Air siri Boeing 737-800 yang terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 288 kilometer ke barat daya Seoul pada 30 Disember 2024. - Foto AFP

SEOUL: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air Co, Kim E-bae, menjalani soal siasat polis berhubung nahas maut jet penumpang syarikat itu pada Disember, yang meragut 179 nyawa, kata pegawai pada Isnin.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Polis Wilayah Jeonnam baru-baru ini menyoal siasat E-bae sebagai saksi berhubung nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis.

Daripada jumlah keseluruhan 181 orang di dalam pesawat, hanya dua yang terselamat.

Polis dikatakan telah menumpukan soal siasat mereka kepada operasi dan pengurusan keselamatan pesawat yang terlibat dalam nahas itu, dengan E-bae dilaporkan menyatakan tiada isu mengenai keselamatan, penyelenggaraan dan operasi jet itu.

Polis telah memanggil beberapa pegawai daripada syarikat penerbangan bajet itu, lapangan terbang, kementerian pengangkutan, dan agensi berkaitan untuk menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut.

Penyiasat kini menumpukan penyiasatan mereka pada ‘localiser’ lapangan terbang, alat navigasi yang bertembung dengan pesawat semasa nahas.

Jet Boeing 737-800 dari Bangkok itu terbakar selepas merempuh struktur yang membantu navigasi pesawat ketika ia melepasi landasan semasa mendarat menggunakan bahagian bawah badan pesawat di lapangan terbang itu.- Bernama.

Continue Reading

Previous: Pesawat terbalik dalam nahas di Toronto, 15 cedera
Next: Kapal udara elektrik dibangunkan China lakukan penerbangan sulung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.