
KUCHING: Seramai 70 anak yatim dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYberbuka puasa, Program Sungkey Sama Cats ATIM) diraikan sempena majlis yang dianjurkan oleh stesen radio tempatan, CATS FM, petang tadi.
Menurut Pengurus Program, Mohamad Fadzli Daud, program ini dianjurkan bagi mengeratkan ukhuwah dalam komuniti sambil menyambut keberkatan Ramadan.
”Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan dalam komuniti, tetapi juga membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan melalui sumbangan kepada anak-anak yatim.
”Acara tahunan ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk tazkirah Ramadan oleh Ustaz Azmi, persembahan nyanyian daripada Adi Mentor, Mia Manja dan Fir Affandi.
”Program tersebut turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada anak yatim,” katanya ketika ditemui semasa program tersebut.
Dalam pada itu, katanya pihak CATS FM berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd, Mohd Iskandar Mohd Nawawi.
Oleh Rynna Sha’erra