Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Caring Food Aid 2.0 sumbang 120 bungkusan makanan
  • BISNES

Caring Food Aid 2.0 sumbang 120 bungkusan makanan

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN…Chang Hot Chai (empat, kanan), Matron Sr Usula Lian (lima, kanan) Dato Sim Kiang Chiok (lima, kiri) dan Pengerusi Penganjur Pung Siok Eng (empat, kiri) Setiausaha Tan phuey Hua (tiga, kiri) merakam kenangan bersama selepas penyerahan bantuan makanan.

KUCHING: Persatuan Penjaja dan Peniaga Bahagian Kuching dan Samarahan menerusi Caring Food Aid 2.0 menyumbangkan 120 bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan baru-baru ini.

Menurut kenyataan dari persatuan tersebut, bungkusan makanan itu disumbangkan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Home of Peace.

“Kita sangat berbesar hati kerana dapat membantu ahli dan penduduk di sekitar kuching yang terkesan akibat daripada wabak pandemik Covid-19 ini.

“Pada 13 November lalu, persatuan kita telah menghantar 60 bungkusan makanan, beras dan telur kepada Lion Nursing Home dan 60 bungkusan makanan berserta dengan kopi, teh, garam, pencuci tangan, mi, sarung tangan dan sebagainya kepada Home Peace di Jalan Landeh,” katanya.

Tambahnya, sejak September hingga hari ini, persatuan telah memberikan sumbangan hampir 6,000 bungkusan makanan.

“Kita amat gembira dan berterima kasih kepada penaja utama kami iaitu 38 Food Street Café dari Caring Food Aid 1.0 dan 2.0.

“Terima kasih kepada penaja utama kita di atas bantuan baik dan murah hati mereka dalam menjayakan acara amal ini dalam masa yang sukar ini untuk membantu banyak keluarga yang terkesan akibat pandemik dan sekatan yang dikenakan,” katanya.

Continue Reading

Previous: MSC 2.0 tarik lebih banyak pelaburan digital
Next: Yinson raih dua projek bernilai AS$5.2 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.