Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cari dana bantu Pusat Kuarantin Covid-19 Sri Aman
  • TEMPATAN

Cari dana bantu Pusat Kuarantin Covid-19 Sri Aman

Utusan Sarawak 5 years ago

VALENTINE NGUMBANG

SIMANGGANG: Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau Chee Chuan Khor Simanggang telah bertindak menyumbang peralatan untuk membantu Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 yang beroperasi di Bahagian Sri Aman.

Presidennya, Temenggung Kueh Aik Seng berkata, sumbangan itu dibuat setelah pihak Jabatan Kesihatan memohon Chee Chuan Khor Simanggang untuk mencari dana bagi menyediakan kemudahan asas di tiga pusat kuarantin yang sedang beroperasi di bahagian ini.

“Tabung Kebajikan dan Pendidikan Ngu Hieng Wu dari pertubuhan kami telah bertindak mengumpul sumbangan derma melebihi RM30,000 daripada Huong Suk Ing, keluarga Corina Chan dan beberapa individu lain yang tidak mahu nama mereka didedahkan di sini.

“Derma ini kemudiannya digunakan bagi menyediakan katil, alat pendingin hawa, meja, kanopi dan peralatan lain bagi kegunaan pusat-pusat kuarantin tersebut termasuk yang terbaharu iaitu Asrama Pelatih Jururawat berdekatan Poliklinik Sri Aman di sini,” kata beliau.

Kueh berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ringkas Penyerahan Peralatan bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Asrama Pelatih Jururawat berdekatan Poliklinik Sri Aman di sini Jumaat lepas.

Selain itu beliau juga turut memohon kepada semua pertubuhan di Sri Aman agar mengikut jejak langkah pihaknya untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di kawasan ini.

“Saya yakin bahawa akan ada lagi pertubuhan lain yang bakal tampil membantu menyalur pelbagai jenis sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman bagi mengekang penularan pandemik berkenaan di sini kelak.

“Justeru terima kasih saya ucapkan kepada para ahli Chee Chuan Khor Simanggang kerana sudi menderma demi membantu pengurusan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Bahagian Sri Aman ini,” kata beliau.

Terdahulu Kueh menerusi majlis berkenaan telah bertindak menyampaikan peralatan berkenaan kepada Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Euphrasia Bari sambil disaksikan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Continue Reading

Previous: Syarikat terjejas, berhak dapat subsidi gaji
Next: Sarawak rekod 9 kes positif Covid-19 baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.