Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Capital A luas pasaran di Arab Saudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik
  • NASIONAL

Capital A luas pasaran di Arab Saudi, teroka laluan baharu AirAsia, pelan logistik

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd (Capital A) hari ini mengumumkan rancangan pengembangan ke Arab Saudi dengan laluan baharu AirAsia ke Riyadh dan Dammam serta lebih banyak penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah, menandakan langkah penting dalam strategi pertumbuhan di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Capital A berkata syarikat itu sedang meneroka potensi penerbangan dari Bangkok dan Jakarta ke Riyadh, iaitu sebahagian hasratnya untuk memacu kesalinghubungan antara Asia Barat dan ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata laluan baharu Riyadh itu diunjurkan menampung hampir satu juta penumpang bagi dua hala menjelang 2026 dan lebih tujuh juta menjelang 2030, mencerminkan permintaan kukuh bagi meningkatkan kesalinghubungan di rantau ASEAN-Teluk.

“Kami mempunyai begitu banyak projek yang kami teruja untuk memulakannya, daripada logistik hingga kejuruteraan pesawat dan kami bersedia untuk berkembang dengan saudara kami di Arab Saudi,” katanya.

Selain operasi syarikat penerbangan, kumpulan itu merancang untuk membawa ekosistem perniagaan lebih meluas ke negara itu, termasuk cabang logistiknya Teleport, Asia Digital Engineering (ADE) iaitu penyedia perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat serta AirAsia MOVE iaitu platfrom pengembaraan digitalnya.

Sebagai sebahagian daripada strategi logistiknya, Capital A berkata Teleport menyasarkan untuk bekerjasama dengan hab logistik dan zon perdagangan bebas Arab Saudi bagi mewujudkan koridor kargo yang cekap antara ASEAN dan Asia Barat, membolehkan pergerakan barangan dengan lebih pantas dan menjimatkan kos, termasuk e-dagang.

“Dengan capaian rangkaian dan kapasiti kargo AirAsia yang luas, kerjasama itu boleh membantu menjadikan Arab Saudi sebagai pusat pemunggahan utama serantau bagi barangan antara Asia, Eropah dan Afrika, sekali gus menyokong Visi 2030 negara itu untuk menjadi hab logistik global,” katanya.

Sementara itu, ADE akan meneroka peluang untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan penerbangan di Arab Saudi bagi menyokong pertumbuhan pesat sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) di negara itu.

Kumpulan itu berkata ia mungkin termasuk menubuhkan kemudahan penyelenggaraan talian di lapangan terbang utama Arab Saudi, melatih dan meningkatkan kemahiran tempatan dalam kejuruteraan penerbangan serta berkongsi amalan terbaik dalam perkhidmatan MRO yang cekap kos dan berkualiti tinggi.

“Dengan pertumbuhan eksponen dalam operasi syarikat penerbangan di seluruh rantau ini, ADE menyasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan ekosistem sokongan penerbangan yang teguh dan mampu bertahan di Arab Saudi,” katanya.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Bank Rakyat, Mastercard bekerjasama lancar Touch Card untuk OKU cacat penglihatan
Next: Presiden Xi puas hati, gembira dengan lawatan negara ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.