Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Capaian internet menyeluruh di klinik Sarawak menjelang 2026
  • TEMPATAN

Capaian internet menyeluruh di klinik Sarawak menjelang 2026

Utusan Sarawak 2 years ago
SIMBOLIK… Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyaksikan simbolik penyerahan sebanyak 48 peralatan perubatan yang terdiri daripada sistem analisis darah, penganalisis hemoglobin, penganalisis hematologi dan penganalisis air kencing kepada 12 klinik pedalaman Bahagian Bintulu.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan sebanyak 287 klinik akan mempunyai akses internet laju menjelang 2026.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, ketika ini hanya 148 klinik mempunyai akses berkenaan namun berdepan pula masalah kekurangan bekalan perubatan.

“Kami juga telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) untuk menjajarkan semula kabel gentian optik yang meliputi klinik kesihatan sebagai sebahagian projek yang menghubungkan kabel gentian optik di 681 sekolah.

“Langkah untuk memperkasakan perkhidmatan klinik secara digital akan segera dilaksanakan.

“Sebaik sahaja menerima surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, saya akan membawa perkara ini kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (untuk peringkat kelulusan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan ‘Hope Delivery Bringing Health For All’ di Old Court House di sini, semalam. 

Mengulas mengenai autonomi kesihatan yang diperjuangkan oleh Sarawak pula, Dr. Sim berkata, rundingan mengenai peruntukan kewangan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kini dibincangkan bersama Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mengenai majlis, Dr. Sim turut menyaksikan simbolik penyerahan sebanyak 48 peralatan perubatan terdiri daripada sistem analisis darah, penganalisis hemoglobin, penganalisis hematologi dan penganalisis air kencing kepada 12 klinik pedalaman Bahagian Bintulu.

Sumbangan peralatan perubatan itu, bernilai RM1.4 juta, dibiayai sepenuhnya oleh Latter-day Saints (LDS) Charities dan projek dikendalikan oleh Rotary Club of Bintulu Central.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Projek Sokongan Pedagogi Matematik: Sarawak, Singapura jalin kerjasama latih 100 guru
Next: Abal wakil UiTM Cawangan Sarawak ke Orlando

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.