Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cabaran Golf P194 Petra Jaya 2024 Ahad ini
  • TEMPATAN

Cabaran Golf P194 Petra Jaya 2024 Ahad ini

Utusan Sarawak 4 months ago
KENANGAN… Abdul Baderi Sahmat merakam gambar bersama yang lain selepas sidang media Kejohanan Cabaran Golf P194 Petra Jaya 2024 di Kelab Golf Sarawak (KGS) hari ini.

PETRA JAYA: Kejohanan Cabaran Golf P194 Petra Jaya 2024 akan berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada Ahad ini.

Kejohanan tersebut bakal menyaksikan tiga pasukan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya.

Timbalan Ketua PBB Cawangan Samariang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Golf Piala Pusingan P194 Petra Jaya 2024, Abdul Baderi Sahmat berkata, acara tahunan tersebut akan menyaksikan persaingan sengit antara tiga pasukan dari kawasan DUN Tupong, Samariang dan Satok bagi merebut Piala Cabaran Dato Sri Fadillah Yusof.

“Ini merupakan kejohanan persahabatan untuk menggalakkan serta mengeratkan lagi silaturahim di antara pemain golf di kawasan Parlimen Petra Jaya.

Walaupun mereka mungkin tinggal di luar Parlimen Petra Jaya, selagi mereka adalah pengundi di kawasan tersebut, mereka layak untuk mengambil bahagian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di KGS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Baderi turut menjelaskan bahawa seramai 120 pemain akan mewakili kawasan DUN masing-masing, dengan setiap pasukan terdiri daripada 40 pemain yang juga merupakan pengundi berdaftar di Parlimen P194 Petra Jaya.

Katanya, kejohanan ini menggunakan format permainan stroke play, dan pemain dibahagikan kepada tiga kategori dimana pasukan juara akan ditentukan berdasarkan jumlah skor bersih terbaik daripada tujuh pemain terbaik dari setiap kategori.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof turut dijadualkan hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada hari sama.

Kejohanan ini menandakan ulang tahun ke-14 sejak kali pertama dianjurkan, meskipun terhenti selama dua tahun pada 2020 dan 2021 akibat pandemik.

Penganjur berharap acara ini dapat terus mengukuhkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan pengundi di kawasan Petra Jaya.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Video tular lelaki berbasikal sambil bawa ‘pistol’ dengan muzik 007 James Bond
Next: Perkemaskan penggunaan mesin dalam industri makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.