Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan
  • BISNES

Bursa Malaysia diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan selepas indeks petunjuk pasaran FBM KLCI berjaya melepasi paras 1,750, disokong oleh minat risiko global yang lebih baik dan pasaran Wall Street yang berulang kali mencapai paras tertinggi baharu.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata walaupun kecerdasan buatan (AI) global dan teknologi masih menjadi pemacu utama pasaran, tumpuan pelabur kini beralih daripada kumpulan “Magnificent Seven” kepada syarikat lapisan kedua dalam infrastruktur AI, perisian dan ekosistem semikonduktor.

“Magnificent Seven” terdiri daripada Nvidia, Microsoft, Alphabet, Amazon, Meta Platforms, Apple dan Tesla, yang kini adalah syarikat teknologi paling berpengaruh dan berkembang pesat yang menguasai Wall Street.

“Peralihan ini boleh menyebabkan turun naik pasaran dalam jangka pendek dan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter teknologi sekiranya momentum pendapatan adalah sederhana.

“Pada masa sama, pasaran akan terus memantau dengan teliti perkembangan geopolitik di Asia Barat, terutama pergerakan harga minyak,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga minyak mentah yang kekal tinggi melebihi AS$100 setong boleh menyebabkan kebimbangan mengenai inflasi berlarutan dan menjejaskan minat risiko secara keseluruhan manakala penurunan harga minyak yang ketara pula boleh mengukuhkan semula sentimen risiko dalam kalangan pelabur global.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya meningkat, dengan sentimen yang dipengaruhi oleh konflik Asia Barat, prestasi pasaran serantau dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bagi asas mingguan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 26.04 mata kepada 1,748.06 daripada 1,722.02 minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 206.49 mata kepada 12,930.23, Indeks FBMT 100 melonjak 212.47 mata kepada 12,772.53, Indeks FBM Emas Shariah naik 119.95 mata kepada 12,838.31 dan Indeks FBM Mid 70 menokok 398.25 mata kepada 18,484.22 manakala Indeks FBM ACE susut 6.79 mata kepada 4,611.32.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 100.90 mata kepada 8,838.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.66 mata kepada 194.65, dan Indeks Tenaga susut 28.36 mata kepada 812.32 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 488.78 mata kepada 20,373.81.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.99 bilion unit bernilai RM16.37 bilion daripada 14.15 bilion unit bernilai RM13.03 bilion  pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 9.54 bilion unit bernilai RM9.54 bilion daripada 8.65 bilion unit bernilai RM11.94 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 5.43 bilion unit bernilai RM752.02 juta berbanding 4.02 bilion unit bernilai RM539.16 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 2.02 bilion unit bernilai RM675.81 juta daripada 2.06 bilion unit bernilai RM812.78 juta pada minggu sebelumnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan RM3.90 hingga RM3.95  minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.