Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,700 dan 1,730 minggu depan
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,700 dan 1,730 minggu depan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TURUN naik pasaran diunjurkan terus berlaku memandangkan pasaran kini sedang memantau perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga minyak.

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam mod jajaran kecil dengan kecenderungan berhati-hati antara paras 1,700 hingga 1,730 minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, mod jajaran kecil itu diunjur berlaku disebabkan oleh ketiadaan pemangkin positif yang kuat.

Beliau berkata turun naik pasaran diunjurkan terus berlaku memandangkan pasaran kini sedang memantau perkembangan di Asia Barat serta pergerakan harga minyak.

“Kami mengekalkan pandangan berhati-hati terhadap pasaran domestik walaupun terdapat aktiviti belian saham semasa harga murah secara terpilih. Ketegangan geopolitik yang berterusan dan harga minyak mentah yang tinggi mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi dan tekanan kos.

“”Walaupun saham berkaitan tenaga mungkin mendapat sedikit sokongan, penyertaan pasaran secara menyeluruh dijangka kekal lembap memandangkan pelabur mengambil pendirian defensif,” kata Thong kepada Bernama.

Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur dengan sentimen dipengaruhi oleh konflik di Asia Barat, pendapatan syarikat bermodal besar (megacap) di Amerika Syarikat, keputusan Emiriah Arab Bersatu untuk keluar daripada Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) serta harga minyak yang kekal tinggi.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena Hari Pekerja. Pada asas Khamis kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 1.68 mata kepada 1,722.02 daripada 1,720.34 minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 melonjak 10.76 mata kepada 12,560.06, Indeks FBM Emas meningkat 8.02 mata kepada 12,723.74, Indeks FBM Emas Syariah menokok 131.75 mata kepada 12,718.36,  Indeks FBM ACE susut 34.21 mata kepada 4,618.11, manakala Indeks FBM Mid 70 naik 13.54 mata kepada 18,085.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 337.78 mata kepada 10,885.03 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 3.95 mata kepada 196.31 manakala Indeks Tenaga menokok 10.36 mata kepada 840.67 dan Indeks Perladangan meningkat 94.05 mata kepada 8,939.31.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 14.15 bilion unit bernilai RM13.03 bilion daripada 16.39 bilion unit bernilai RM15.16 bilion minggu sebelum itu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 8.86 bilion unit bernilai RM111.94 bilion daripada 9.93 bilion unit bernilai RM13.66 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 4.02 bilion unit bernilai RM538.16 juta daripada 5.00 bilion unit bernilai RM681.05 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 1.47 bilion unit bernilai RM553.62 juta daripada 2.06 bilion unit bernilai RM812.77 juta pada minggu sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan RM3.96–RM3.98 berbanding dolar AS minggu depan
Next: Pasaran getah dijangka terus menunjukkan aliran meningkat minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.