Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka diniagakan RM3.96–RM3.98 berbanding dolar AS minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka diniagakan RM3.96–RM3.98 berbanding dolar AS minggu depan

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit diunjur dalam julat lebih kecil pada minggu depan iaitu RM3.96 hingga RM3.98 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjelang pengumuman data penting berkaitan negara maju itu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan minggu depan terarah kepada data pasaran guna tenaga AS, teruama Penggajian Bukan Perladangan (NFP).

“Data ini kritikal memandangkan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) memerlukan bukti yang meyakinkan bahawa pasaran guna tenaga semakin perlahan. Jika tidak ini mungkin hanya mengekalkan pendirian dasar monetari Fed yang ketat,” katanya kepada Bernama.

Bagi urus niaga Khamis lepas, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.9690/9740 berbanding 3.9630/9670 pada akhir dagangan minggu sebelumnya.

Selain itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama minggu ini.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3593/3661 daripada 5.3429/3483, rendah berbanding euro kepada 4.6417/6476 daripada 4.6312/6358 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.4907/4942 daripada 2.4808/4834.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakan meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1711/1932 daripada 12.2183/2363, naik berbanding peso Filipina kepada 6.45/6.47 daripada 6.52/6.53 serta meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 228.7/229.2 daripada 230.0/230.3.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Hari Pekerja.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia kekal antara terbaik dalam indeks keyakinan pengguna – Ipsos
Next: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,700 dan 1,730 minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.