Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini

Utusan Sarawak 1 year ago
PADA 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.91 mata kepada 1,458.49 daripada 1,463.40 pada penutupan semalam.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini apabila pelabur mengambil sikap yang lebih berhati-hati selepas menilai semula sentimen pasaran global, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.91 mata kepada 1,458.49 daripada 1,463.40 pada penutupan semalam.

Indeks utama dibuka 2.81 mata lebih rendah pada paras 1,460.59.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 185 berbalas 133, manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 214.64 juta unit bernilai RM121.42 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup rendah semalaman apabila peniaga menilai semula minit Rizab Persekutuan AS yang tidak menyebut sebarang pengurangan kadar.

“Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa dasar itu akan kekal terhad di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang mungkin kembali,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, Thong berkata pelabur masih bersikap berhati-hati sambil memantau prestasi pasaran serantau dengan indeks utama diunjur bergerak dalam julat 1,460 dan 1,465 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing susut dua sen untuk mencatatkan harga RM9.09 dan RM10, Public Bank turun empat sen kepada RM4.23, CIMB susut tiga sen menjadi RM5.76, dan Petronas Chemicals lemah tujuh sen kepada RM7.31.

Bagi saham aktif, Capital A menokok 3.5 sen kepada 87 sen, Airasia X menambah 23 sen menjadi RM2.33, Perdana Petroleum peroleh setengah sen kepada 26.5 sen manakala Top Glove susut dua sen kepada 79 sen dan Kinergy Advancement lemah setengah sen kepada 33.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 33.82 mata kepada 10,796.19, Indeks FBMT 100 turun 34.14 mata menjadi 10,454.40, dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 31.91 mata kepada 11,006.38.

Indeks FBM ACE pula meningkat 19.70 mata kepada 5,228.08 dan Indeks FBM 70 menguncup 42.25 mata kepada 14,323.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 47.58 mata kepada 16,376.15, Indeks Tenaga turun 0.9 mata kepada 862.85, Indeks Perladangan lemah 1.72 mata menjadi 7,014.36 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kerugian 1.47 mata kepada 174.56. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Nilai Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.