Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.

Pada 9.13 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.81 mata kepada 1,676.15 daripada 1,678.96 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka rendah 1.58 mata kepada 1,677.38.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 374 berbanding 112 manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,934 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, pasaran bertindak balas terhadap petunjuk luaran apabila Wall Street ditutup rendah susulan perkembangan di Asia Barat.

“Selain itu, jualan dalam saham teknologi berterusan. Indeks Harga Pengguna AS pada Mei tidak termasuk sektor makanan dan tenaga berada pada paras yang lebih rendah daripada jangkaan tetapi bacaan utama, merangkumi semua sektor, melebihi 4 peratus, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun,” menurutnya.

Pada peringkat domestik, firma itu memaklumkan FBM KLCI mencatatkan peningkatan kecil, ditutup hampir kepada paras 1,680 pada minggu yang tidak menentu.

“Kami menjangka bursa tempatan akan terus mendapat sokongan yang baik dan mungkin menyaksikan aktiviti pembelian saham.

“Oleh itu, kami menjangka indeks berada dalam julat 1,675 hingga 1,685 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun enam sen kepada RM10.62, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.79, Tenaga Nasional meningkat empat sen kepada RM14.26, CIMB berkurangan dua sen kepada RM7.38 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM8.70.

Bagi saham aktif, Tanco, kaunter yang paling aktif diniagakan, merosot 30 sen kepada 20 sen, menyebabkan penggantungan jualan singkat harian di kaunter tersebut.

Sementara itu, MM Computer Systems yang mula disenaraikan di Pasaran ACE menambah satu sen kepada 23 sen manakala VS Industry menurun setengah sen kepada 20.5 sen dan Hong Seng Consolidated mendatar pada satu sen.

Kaunter paling untung ialah Hong Leong Industries meningkat 30 sen kepada RM18.30, Petronas Chemicals naik 12 sen kepada RM5.70, MISC dan Hong Leong Bank, masing-masing menambah lapan sen kepada RM8.21 dan RM20.98 manakala Petronas Gas menurun enam sen kepada RM17.22.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, United Plantations berkurangan 56 sen kepada RM31.74, Ajinomoto merosot 28 sen kepada RM14.80, Fraser and Neave menyusut 24 sen kepada RM25.54 manakala Bursa Malaysia dan KESM, masing-masing menurun 10 sen kepada RM8.54 dan RM3.63.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 44.94 mata kepada 12,411.54, Indeks FBM Top 100 berkurangan 44.47 mata kepada 12,257.74 dan Indeks FBM Emas Shariah menurun 40.82 mata kepada 12,375.67.

Indeks FBM Mid 70 berkurangan 167.16 mata kepada 17,784.73 dan Indeks FBM ACE merosot 33.97 mata kepada 4,626.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 59.34 mata kepada 19,523.07, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.03 mata kepada 196.86 dan Indeks Tenaga menambah 3.57 mata kepada 782.34 manakala Indeks Perladangan menurun 31.42 mata kepada 8,762.80. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
Next: Malaysia, ASEAN raih limpahan manfaat Piala Dunia FIFA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.