Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buntu jejaki nelayan hilang, operasi dihentikan
  • TEMPATAN

Buntu jejaki nelayan hilang, operasi dihentikan

Utusan Sarawak 2 months ago
JALAN BUNTU... Pasukan kecemasan terpaksa menamatkan operasi bagi mencari Hamil Hamdan yang hilang di Sungai Sageng, Simunjan.

SIMUNJAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Sageng sejak 14 Mac lalu ditamatkan petang ini selepas tujuh hari pencarian tidak membuahkan hasil.

Mangsa, Hamil Hamdan, 43, dilaporkan hilang di sungai berkenaan pada 14 Mac lepas sekitar 12.39 tengah hari. Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan bersama pelbagai agensi lain menggerakkan operasi SAR sejak hari kejadian.

Menurut Komander Operasi, PBK II Awang Johari Awang Onget, pencarian hari terakhir bermula pada 9.00 pagi dengan pasukan penyelamat dibahagikan kepada empat sektor, termasuk pencarian di hulu dan hilir sungai dalam lingkungan 20 kilometer (km).

“Pasukan bomba meneruskan pencarian di sepanjang pesisir pantai hingga ke Sungai Labi, namun tiada petunjuk baharu ditemui,” katanya.

Operasi pada sebelah petang turut merangkumi kawasan Hulu Batang Sadong, termasuk pesisir Kampung Lintang, Muara Sageng, dan Jambatan Simunjan-Gedong, tetapi mangsa masih gagal dikesan.

Semua pihak bersetuju untuk menamatkan pencarian pada 4:30 petang.

Walaupun operasi SAR telah ditamatkan, pihak berkuasa akan terus memantau sebarang petunjuk baharu yang mungkin membantu dalam usaha mencari mangsa.

OLEH AMANDA L.

Continue Reading

Previous: Didik masyarakat sayangi Bumi
Next: Tingkatkan kesedaran kepentingan pemuliharaan hutan hujan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.