Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Budaya kunjung-mengunjung eratkan perpaduan – Penguang   
  • Utara
  • WILAYAH

Budaya kunjung-mengunjung eratkan perpaduan – Penguang   

Utusan Sarawak 3 months ago

MARUDI: Sambutan Tahun Baharu Cina di sini disambut secara sederhana tetapi meriah dengan budaya kunjung-mengunjung oleh masyarakat pelbagai kaum.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, dan isteri Datin Monica Ukong Jaya, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) turut berkunjung ke sembilan rumah masyarakat Tiong Hua yang mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Penguang menggalakkan masyarakat lain untuk berkunjung ke rumah rakan dan sahabat handai yang menyambut Tahun Baharu Cina bagi merapatkan lagi perpaduan dan semangat setia kawan.

Menurut Penguang, seperti perayaan lain, kunjung-mengunjung sudah menjadi budaya masyarakat di daerah ini dan berharap budaya ini diteruskan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Penguang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tiong Hua yang meraikan perayaan ini, dan berharap Tahun Ular memberi kejayaan yang berlipat ganda.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat berkunjung ke rumah KMKK sempena Tahun Baharu Cina
Next: ASPA pergiat pemantauan di kawasan tumpuan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.