Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Buda ‘angkat’ nama Sarawak
  • TEMPATAN

Buda ‘angkat’ nama Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

WIRA SARAWAK… Ketibaan Buda Anchah disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, baru-baru
ini.

KUCHING: Kemenangan yang diraih atlet bina badan, Buda Anchah yang merangkul dua pingat emas pada Kejohanan Sukan Bina Badan dan Fizikal Asia ke-54 telah berjaya mengangkat nama Sarawak dalam sukan berkenaan.

Justeru, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan ucapan tahniah buat Buda Anchah yang telah mempamerkan aksi terbaik.

“Atlet bina badan yang berusia 50 tahun muncul juara dalam kategori lelaki 65 kilogram yang mana beliau berjaya mengalahkan Bichitra Nayak dari India dan Tran Bao Quoc Vuong dari Vietnam.

“Buda berjaya memenangi pingat emas keduanya dalam kategori lelaki (berumur 50 hingga 59 tahun bagi kategori berat sehingga 80 kilogram) di mana beliau telah mengalahkan finalis dari India, Suresh Kumar dan Sarvanan Hariram yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

“Ini adalah pencapaian hebat daripada atlet Sarawak di peringkat antarabangsa dan beliau  juga menunjukkan semangat ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’,” tulisnya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Sebelum ini, atlet bina badan tersebut berjaya menghadiahkan dua pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Asia Ke-54 di Maldives, Rabu lepas kepada seluruh rakyat negeri ini sempena sambutan Hari Sarawak.

Sementara itu, Buda turut menzahirkan harapan untuk dapat mengekalkan prestasi cemerlang sekali gus berazam meraih kejayaan serupa pada Kejohanan Bina Badan Dunia di Phuket,Thailand pada hujung tahun ini.

Continue Reading

Previous: ‘Travellers Card’ jimat masa proses kemasukan sempadan
Next: Terapkan budaya menabung kepada anak-anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.